Jumaat, 22 April 2011

Pelancaran Amalan 5S JKR Sabak Bernam



Majlis pelancaran amalan 5S JKR Sabak Bernam telah berlangsung pada 21 April 2011 (khamis) bertempat di Bilik Gerakan JKR Sabak Bernam. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Sabak Bernam, Tuan Haji Ismail Bin Mahmud.

Di dalam ucapan beliau, amalan 5S ini harus diterapkan menjadi budaya kerja warga JKR Sabak Bernam dan ini akan menjadi KPI (key performance index) bagi JKR Sabak Bernam. Amalan 5S ini haruslah dimulakan dengan langkah - langkah tertentu terutamanya SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Disamping itu, perlaksanaan amalan 5S ini hendaklah dilakukan dengan bekerjasama dan sepasukan bagi menjayakannya dan mengharapkan agar JKR Sabak Bernam dapat mencapai pensijilan 5S pada bulan Ogos 2011.

Sementara itu, ucapan taklimat oleh Jurutera Projek, Cik Puan Norazwa Binti Mohd Khairoji selaku Penyelaras dan Fasilitator Amalan 5S JKR Sabak Bernam berkenaan Amalan 5s dan beberapa perancangan yang akan dilaksanakan akan datang bagi mendapatkan pensijilan. Semua pihak termasuk kakitangan hendaklah menjalankan budaya dan amalan 5S ini satu rutin kewajipan seharian.

Perlantikan AJK Pemandu JKR Sabak Bernam :
  1. Penyelaras - Cik Puan Norazwa Binti Mohd Khairoji
  2. Pen. Penyelaras - En. Norsharizal Bin Sahlan
  3. Jawatankuasa Audit - En. Afifudin Bin Kassim
  4. Jawatankuasa Promosi - En. Yasmen Bin Samsuri
  5. Jawatankuasa Latihan - En. Norsharizal Bin Sahlan
  6. Bahagian Pentadbiran - Puan Hajjah Norsiah Binti Mat Jani
  7. Bahagian Bangunan - Puan Hajjah Sailah Binti Mohd Jamil
  8. Bahagian Jalan - Tuan Haji Abu Shuhud Bin Haji Ikhsan
  9. Bahagian Stor - En. Mohamad Bin Harun

Ahad, 2 Januari 2011

Taklimat amalan 5S



5S Penyelesaian Bijak

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).


 Membina budaya Kaizen di tempat kerja

 Membina kerjasama melalui penyertaan semua

 Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

 Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

 Pendekatan Kaizen

 Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

 Mengamalkan budaya kerja 5S

 Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

 Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

 Meluangkan masa untuk 5S

 Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

 Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan

Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

Pertandingan antara organisasi 5S
Anugerah amalan 5S
Organisasi model